KDB Awas Siber Buli
31 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniSiri KDB Telah disampaikan secara online melalui Streamyard secara live di Facebook Pusat Internet Napoh pada 30 Oktober yang lalu dimana ianya bertajuk buli siber. Kebelakangan ini kes siber buli ini semakin meningkat sejajar dengan peningkatan kadar celik IT kini. Dengan berkembangnya dunia teknologi kini tidak bermakna kes siber buli juga perlu meningkat oleh itu, pihak Pusat Internet mengadakan sedikit penerangan tentang siber buli agar dapat difahami oleh masyarakat dan semoga dapat mengurangkan kes ini. KDB yang dijalankan secara live ini dapat dicapai oleh sesiapa sahaja yang menonton dan juga dapat ditonton sebagai rakaman dengan itu penyampaian maklumat ini menjadi berterusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: